Tuesday, November 27, 2012

Elektrik Main switch problem

Main switch ni dikesan ada kesan terbakar di tengahnya. Ini adalah kerja orang lama yang mana kabel tidak dimasukkan dgn kemas. Semasa kerja kerja menukar main switch, kabel didapati lansung tidak terikat pada skru pengikat. Ini adalah kerja lalai seorang juru elektrik yg boleh mengundang kebakaran.
Pendawaian yang berserabut terpaksa dibiarkan dahulu memandangkan jika hendak dikemaskan memakan masa dan mungkin wayar perlu disambung di sana sini. Lagipun pekerja di pejabat ini perlukan elektrik dgn segera.

Suis Utama Berfius (Fused Breaker)



Pandangan Dekat Kutub yang terbakar.

Kerja menukar yang baru.

Setelah diganti dengan yang baru.

Serabut, kalau nak dikemaskan ni elektrik kena tutup dan makan masa agak lama.




Wednesday, November 21, 2012

PENGENALAN

Pengenalan 


Rima Aras Technologies adalah sebuah syarikat yang menjalankan kerja kerja Penyelenggaraan Menyeluruh (One Stop) untuk Pejabat dan Rumah.

A. Penyelenggaraan Elektrik 
B. Penyelenggaraan Peralatan Komputer Hardware dan Software.
C. Piping & Plumbing - kerjasama, Angsana Kreatif Enterprise
D. Renovation - Partition, Roofing, etc. - kerjasama, Angsana Kreatif Enterprise


Kerja - Kerja Berkaitan Komputer & Elektrik


Hardware

1. Membaik Pulih Komputer, Notebook dan Rangkaian
2. Membekal dan Memasang Komputer dan Rangkaian (Wired dan Wireless)

Software

1. Website, Domain Register, Webhosting.
2. Grafik Artwork & Printing ( Banner, Banting, Poster, Cover CD Album)
3. Drafting AutoCAD building plan.

Sijil - Sijil
1. CCNA-i by CISCO at ILP KL
2. Juruteknik Sistem Komputer by MLVK
3. PP & PPD by MLVK
4. AutoCAD rel.14 by AUTODESK UTM -> Self Upgrade to Latest Version.

Teaching Experience
1. AutoCAD
2. Computer System Technician (student level, goverment servant, technician support level)
3. Microsoft Office (Word, Excel, P.Point) level basic & advance
4. Adobe Photoshop
5. Adobe Illustrator
6. Macromedia Flash (known as Adobe Flash now)
7. Website.


Kerja - Kerja Elektrik 

1. Pembaikan Pendawaian Elektrik. (TroubleShooting)
2. Pendawaian Baru Elektrik.
3. Penambahan Elektrik.
4. Memasang Meter Elektrik
5. Mengubah Meter Elektrik
6. Memasang Sub Meter Elektrik.
t7. Memasang D/B Elektrik Baru, Sub D/B

* Sijil Kecekapan Pendawaian Elektrik Satu Fasa oleh : CIDB (Akademi Binaan Malaysia),
* Sijil Modul Pendawaian Elektrik Industri oleh : ILP KL ( Institut Latihan Perindustrian)
* Sijil Modul Pendawaian Elektrik oleh : Giat Mara Selayang 

nota: kerja kerja berkaitan TNB, dikawal selia oleh Menjana Sumber Enterprise (Berdaftar dgn TNB dan Suruhanjaya Tenaga)

Pengalaman Kerja Elektrik :
1. Menyelenggara Pendawaian Elektrik sekolah - sekolah sekitar Kuala Lumpur.
2. Menyelenggara Pendawaian Elektrik Pejabat - Pejabat Swasta sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Nilai.
3. Pendawaian tambahan sub DB Renovation Rumah.

Peralatan Kami - BOSCH D-TECT 150 CNT

Kali ini kami ingin menunjukkan salah satu peralatan yang jarang - jarang digunakan oleh kontraktor elektrik mahupun plumbing. Ini kerana alat ini Sangat Mahal, RM 2659.00 berdasarkan harga semasa di halaman ini.(http://www.boschhardware.com/bosch-power-tools/bosch-measuring-tools/detectors/d-tect-150-cnt/)

Kehadiran alat ini dipasaran memang amat saya nantikan, kerana semasa produk ini dikeluarkan di UK, model yang ada di Malaysia hanyalah D-Tect 100 sahaja.

Kelebihan model ini berbanding model yang terdahulu iaitu D-Tect 100, adalah kedalam mengesan objek maksimum ditingkatkan kepada 150mm (6 inch lebih kurang). dan bentuk yang lebih cantik.

Bosch D-Tect 150


Bosch D-Tect 100


Ini adalah contoh demo video di Internet



Sebelum kami memiliki D-Tect 150 ini, kami menggunakan DMF 10 Zoom. Masing - masing ada kelebihan dan kekurangan nya tersendiri. Secara kesimpulan, jika nak dibandingkan DMF 10 Zoom dgn D-Tect 150, D-tect memerlukan ruang yang besar untuk scanner bergerak dan tayar di bahagian bawah tidak boleh slip. Jika nak dibandingkan dengan DMF 10 Zoom pula, anda boleh bergerak bebas dan tidak memerlukan pergerakan minimum untuk mengesan objek, berbanding D-Tect 150 yang memerlukan anda bergerak sekurang - kurangnya 10cm sama ada ke kanan atau ke kiri. 

Objek yang boleh dikesan oleh D-Tect 150 ini adalah,
1. Paip Plastik (berisi air tidak kurang berdiameter 10mm, Paip Kosong tidak kurang 20mm diameter)
2. Pendawaian Elektrik
3. Paip Besi, Besi Bar, Besi Beam,
4. Reinforcing Steel
5. Kayu
6. Lubang Kosong.

Permukaan kerja yang boleh digunakan.
1. Concreate
2. Batu Bata
3.Tiles, Wallpaper, Parquet Flooring, Carpet.
4. Gypsum Board.
5. Permukaan Kayu.

Permukaan yang mendatangkan masalah,
1. Permukaan logam, - mengesan objek di belakang permukaan logam adalah mustahil. cth atas plat besi.



Kotak / Packaging

Beg Perkakasan / Tool Bag

Isi Kandungan, D-Tect 150, User Manual, Quick Reference Card.

1. Dengan menggunakan alat ini, tiada lagi masalah menebuk lubang untuk memasang wallplug untuk kipas terkena besi slap lantai atau terkena pendawaian yang kita tak nampak.

2. Kemungkinan tertebuk besi paip air, paip air plastik ketika menebuk lubang utk pasang railing adalah minimum. saya pernah mengesan laluan paip plastik di atas bingkai pintu rumah seorang pelanggan. Ini contoh kerja kontraktor ikut undang - undang sendiri.

3. Ada sesetengah kontraktor tanam wayar elektrik kedudukan 45 darjah. bukan 90 darjah menegak atau melintang seperti yang sepatutnya. Jadi kesimpulannya, tak boleh main agak - agak dan tebuk.

Nota : Ada yang kata, jika teliti sangat, nanti kerja jadi lambat. Bagi saya pula, biar kerja lambat sikit, asalkan selamat dan tak jadi kerja tambahan (lagi lambat) jika terkena wayar laluan tikus. he he.


Monday, November 19, 2012

Contoh Kerja Tidak Bertauliah

Ramai di kalangan kontraktor, kerja asal menyala, boleh ON, dan janji tak trip. Ini adalah salah satu kes yang kami kesan dan akhirnya diselesaikan oleh kami.

Kesan percikan air. Kalau dah macam ni, mesti trip elcb.

Getah ni kami yang pasang. Tapi sebelum tu air sudah masuk awal - awal lagi . Cuma Cubaan Eksperimen sahaja. Eksperiment gagal, sebab air masuk juga ikut celah bilah penyejuk. Air disedut masuk oleh bilah penyejuk pam itu sendiri.

Gambar di atas adalah contoh pemasangan water pump indoor tapi dipasang di luar bangunan dan tidak dibuatkan rumah pelindung untuk waterpump terbabit. Ini projek Kemahiran Hidup untuk sekolah, dan pihak sekolah dah lantik seorang kontraktor untuk bekalkan waterpump utk projek tanaman cili. waterpump ni guna kawalan automatik dan semasa dipasang, memanglah tak menjadi masalah kerana masa pemasangan dibuat, hari tidak hujan.

Kami diminta pihak sekolah untuk memeriksa kenapa waterpump tidak berfungsi selepas beberapa hari kami membuat pendawaian khas. Pendawaian khas yang kami buat menggunakan D.B yang berasingan untuk memastikan tidak mengganggu Litar Sedia ada dan memudahkan penyelenggaraan di masa hadapan. 

Hasil dari pemeriksaan, kami mendapati motor telah dimasuki air akibat dari penggunaan kelas IP
IP Ratings (Ingress Protection) yang tidak sesuai untuk outdoor . Sepatutnya carilah yang jenis Weather Proof. Jadual di bawah boleh dijadikan rujukan.


IP TABLE:

IP..First digit:
Ingress of solid objects
Second digit:
Ingress of liquids
0No protectionNo protection
1Protected against solid objects over 50mm e.g. hands, large tools.Protected against vertically falling drops of water or condensation.
2Protected against solid objects over 12.5mm e.g. hands, large tools.Protected against falling drops of water, if the case is disposed up to 15 from vertical.
3Protected against solid objects over 2.5mm e.g. wire, small tools.Protected against sprays of water from any direction, even if the case is disposed up to 60from vertical.
4Protected against solid objects over 1.0mm e.g. wires.Protected against splash water from any direction.
5Limited protection against dust ingress.
(no harmful deposit)
Protected against low pressure water jets from any direction. Limited ingress permitted.
6Totally protected against dust ingress.Protected against high pressure water jets from any direction. Limited ingress permitted.
7N/AProtected against short periods of immersion in water.
8N/AProtected against long, durable periods of immersion in water.


Contoh nya: bila beli waterpump, ditulis kelas IP adalah IP54,  maka perlindungan adalah 
5 = limited protection agains dust ingress
4 = Protected against splash water from any direction

Kesimpulan kes ini, waterpump harus ditukar dengan yang baru, jika tiada di dalam pasaran motor untuk outdoor, maka perlulah dibuat rumah pelindung dari hujan dan mestilah cukup tinggi untuk mengelakkan dari pam tenggelam jika air bertakung.

Friday, November 16, 2012

Windows XP SP3 and Office 2003 Support Ends April 8, 2014


Windows XP SP3 and Office 2003 Support Ends April 8, 2014

WHAT DOES IT MEANS?





It means you should take action. After April 8, 2014, there will be no new security updates, non-security hotfixes, free or paid assisted support options or online technical content updates.
Running Windows XP SP3 and Office 2003 in your environment after their end of support date may expose your company to potential risks, such as:
  • Security & Compliance Risks — Unsupported and unpatched environments are vulnerable to security risks. This may result in an officially recognized control failure by an internal or external audit body, leading to suspension of certifications, and/or public notification of the organization’s inability to maintain its systems and customer information.
  • Lack of Independent Software Vendor (ISV) & Hardware Manufacturers support — A recent industry report from Gartner Research suggests "many independent software vendors (ISVs) are unlikely to support new versions of applications on Windows XP in 2011; in 2012, it will become common." And it may stifle access to hardware innovation: Gartner Research further notes that in 2012, most PC hardware manufacturers will stop supporting Windows XP on the majority of their new PC models.

Friday, November 9, 2012

ANGGARAN PENGGUNAAN ELEKTRIK BERDASARKAN PERKAKASAN



kadar anggaran penggunaan elektrik

di bawah di senaraikan kadar anggaran peralatan elektrik berdasarkan

* penggunaan 24 JAM
* tarif elektrik RM 0.218 /kWh

1. Lampu Kalimantang (lampu panjang) 32/40watt  = RM 4.69 / RM5.86 sebulan

2. Kipas Siling (perlahan 20.5watt / laju 58.3watt) = RM3.00 / RM8.54

3. laptop (guna charger 60watt) = RM 8.79 sebulan

4. Air Cond (1 hp = 746watt) = RM 109.29 sebulan

disini sengaja tak nak senarai banyak - banyak perkakasan sebabnya, nak tunjukkan berapa banyak boleh jimat jika off lampu dan kipas semasa tidak digunakan. Peti ais kita wajib on 24 jam. tak boleh elak.

habis tu kenapa kadang - kadang bill elektrik sampai melambung - lambung ke langit ketika kenduri atau semasa perayaan?

baca article di bawah

Thursday, November 8, 2012

Bill Elektrik Anda.

Perkara perlu tahu mengenai bill elektrik anda.


Cuba perhatikan bahagian yang dibulatkan dalam gambar di atas. Kenapa mesti ada dua kadar yang berbeza. Inilah yang dinamakan tarif.

bagi tarif pengguna biasa (rumah) kadar untuk 1-200kWh pertama adalah pada RM 0.218 /unit, dan 100kWh seterusnya adalah RM0.334/unit.

untuk lebih detail,

TARIFF CATEGORYUNITRATES
1.Tariff A - Domestic Tariff  
For the first 200 kWh (1 - 200 kWh) per monthsen/kWh21.8
For the next 100 kWh (201 - 300 kWh) per monthsen/kWh33.4
For the next 100 kWh (301 - 400 kWh) per monthsen/kWh40.0
For the first 100kWh (401 - 500 kWh) per monthsen/kWh40.2
For the next 100 kWh (501 - 600 kWh) per monthsen/kWh41.6
For the next 100 kWh (601 - 700 kWh) per monthsen/kWh42.6
For the next 100 kWh (701 - 800 kWh) per monthsen/kWh43.7
For the next 100 kWh (801 - 900 kWh) per monthsen/kWh45.3
For the next kWh (901 kWh onwards) per monthsen/kWh45.4
The minimum monthly charge is RM3.00  


untuk rujukan tepat dan semasa kadar tarif..click sini

untuk cuba mengira atau membuat anggaran sendiri kadar bill anda. click sini

sekiranya anda ingin membuat andaian berapa kadar penggunaan setiap peralatan elektrik, click sini