Wednesday, May 15, 2013

Samsung Galaxy Tab 7 Plus sudah ada update Jelly Bean Official Samsung

Berita gembira kepada pengguna Samsung Galaxy Tab 7 Plus ( macam saya) yang menunggu update rasmi dari samsung Firmware Jelly Bean ( 4.1.2) yang mana semasa dipasarkan di malaysia menggunakan honeycomb (3.2) dan tahun lepas di keluarkan update ICS (4.0.4).

Saya bukan tak tahu nak update guna firmware yang tak rasmi di luar sana, tetapi lebih kepada pendekatan guna yang rasmi sahaja.

Bagaimana nak download, gunakan software Samsung Kies, Pastikan software ada di komputer anda dan sambung usb ke samsung tab anda. jika tak pasti di mana kabel usb anda. Sebenarnya kabel usb adalah kabel charger original yang boleh dicabut.