Kesan percikan air. Kalau dah macam ni, mesti trip elcb. |
Gambar di atas adalah contoh pemasangan water pump indoor tapi dipasang di luar bangunan dan tidak dibuatkan rumah pelindung untuk waterpump terbabit. Ini projek Kemahiran Hidup untuk sekolah, dan pihak sekolah dah lantik seorang kontraktor untuk bekalkan waterpump utk projek tanaman cili. waterpump ni guna kawalan automatik dan semasa dipasang, memanglah tak menjadi masalah kerana masa pemasangan dibuat, hari tidak hujan.
Kami diminta pihak sekolah untuk memeriksa kenapa waterpump tidak berfungsi selepas beberapa hari kami membuat pendawaian khas. Pendawaian khas yang kami buat menggunakan D.B yang berasingan untuk memastikan tidak mengganggu Litar Sedia ada dan memudahkan penyelenggaraan di masa hadapan.
Hasil dari pemeriksaan, kami mendapati motor telah dimasuki air akibat dari penggunaan kelas IP
IP Ratings (Ingress Protection) yang tidak sesuai untuk outdoor . Sepatutnya carilah yang jenis Weather Proof. Jadual di bawah boleh dijadikan rujukan.
IP Ratings (Ingress Protection) yang tidak sesuai untuk outdoor . Sepatutnya carilah yang jenis Weather Proof. Jadual di bawah boleh dijadikan rujukan.
IP TABLE:
IP.. | First digit: Ingress of solid objects | Second digit: Ingress of liquids |
---|---|---|
0 | No protection | No protection |
1 | Protected against solid objects over 50mm e.g. hands, large tools. | Protected against vertically falling drops of water or condensation. |
2 | Protected against solid objects over 12.5mm e.g. hands, large tools. | Protected against falling drops of water, if the case is disposed up to 15 from vertical. |
3 | Protected against solid objects over 2.5mm e.g. wire, small tools. | Protected against sprays of water from any direction, even if the case is disposed up to 60from vertical. |
4 | Protected against solid objects over 1.0mm e.g. wires. | Protected against splash water from any direction. |
5 | Limited protection against dust ingress. (no harmful deposit) | Protected against low pressure water jets from any direction. Limited ingress permitted. |
6 | Totally protected against dust ingress. | Protected against high pressure water jets from any direction. Limited ingress permitted. |
7 | N/A | Protected against short periods of immersion in water. |
8 | N/A | Protected against long, durable periods of immersion in water. |
Contoh nya: bila beli waterpump, ditulis kelas IP adalah IP54, maka perlindungan adalah
5 = limited protection agains dust ingress
4 = Protected against splash water from any direction
5 = limited protection agains dust ingress
4 = Protected against splash water from any direction
Kesimpulan kes ini, waterpump harus ditukar dengan yang baru, jika tiada di dalam pasaran motor untuk outdoor, maka perlulah dibuat rumah pelindung dari hujan dan mestilah cukup tinggi untuk mengelakkan dari pam tenggelam jika air bertakung.
No comments:
Post a Comment