Tuesday, September 24, 2013

Adobe Creative Cloud - Adobe dah nak kenakan lesen bulanan pulak dah...


Ini yang penulis tak gemar ni.. Lesen kekal pun dah cukup mahal, nak pulak si Adobe ni buat lesen bulanan. Setakat yang penulis sedar, tiada siapa nak langgan bulanan ni. Penulis pernah bagi option nak beli lesen kekal untuk microsoft office 2013 atau beli subscribe office 360 tu.. tengok harga, memang la murah yang subscribe, tapi bila penulis explain kena renew tiap tiap tahun macam antivirus, terus beli yang kekal, baik mahal sikit daripada asyik kena renew jer.. kalau antivirus tu, kekadang orang nak tukar angin la juga, itu pasal tak kisah sangat beli yang subcribe. 

Yang menjadikan lagi tak seronoknya, Creative suit 7 dikatakan dihentikan pembikinannya, dan perancangan masa hadapan untuk creative suit juga dihentikan. Satu satu pilihan yang ada hanyalah langganan Creative Cloud (CC). Rasanya kolej kolej swasta dan kerajaan yang bercadang nak upgrade perisian adobe mereka dah boleh kira berapa kos nak kena tanggung, yang pastinya kos operasi bulanan sudah pasti meningkat.

Isu ni boleh meningkatkan pemanasan global kerana designer serata dunia panas hati membaca isu ni..

Mujurlah ada usaha dari Derek Schoffstall dari Harrisburg, PA  yang telah membuat petisyen (betul ke ejaan melayu aku ni) bantahan bertajuk Adobe Systems Incorporated: Eliminate the mandatory "creative cloud" subscription model, di change.org. Alamatnya di sini click sini. Anda boleh tandatangan petisyen tersebut dengan mengisi borang. Bersama bantah kalau rasa tak setuju.. Good Luck designer semua.. 


No comments:

Post a Comment