Wednesday, November 21, 2012

Peralatan Kami - BOSCH D-TECT 150 CNT

Kali ini kami ingin menunjukkan salah satu peralatan yang jarang - jarang digunakan oleh kontraktor elektrik mahupun plumbing. Ini kerana alat ini Sangat Mahal, RM 2659.00 berdasarkan harga semasa di halaman ini.(http://www.boschhardware.com/bosch-power-tools/bosch-measuring-tools/detectors/d-tect-150-cnt/)

Kehadiran alat ini dipasaran memang amat saya nantikan, kerana semasa produk ini dikeluarkan di UK, model yang ada di Malaysia hanyalah D-Tect 100 sahaja.

Kelebihan model ini berbanding model yang terdahulu iaitu D-Tect 100, adalah kedalam mengesan objek maksimum ditingkatkan kepada 150mm (6 inch lebih kurang). dan bentuk yang lebih cantik.

Bosch D-Tect 150


Bosch D-Tect 100


Ini adalah contoh demo video di Internet



Sebelum kami memiliki D-Tect 150 ini, kami menggunakan DMF 10 Zoom. Masing - masing ada kelebihan dan kekurangan nya tersendiri. Secara kesimpulan, jika nak dibandingkan DMF 10 Zoom dgn D-Tect 150, D-tect memerlukan ruang yang besar untuk scanner bergerak dan tayar di bahagian bawah tidak boleh slip. Jika nak dibandingkan dengan DMF 10 Zoom pula, anda boleh bergerak bebas dan tidak memerlukan pergerakan minimum untuk mengesan objek, berbanding D-Tect 150 yang memerlukan anda bergerak sekurang - kurangnya 10cm sama ada ke kanan atau ke kiri. 

Objek yang boleh dikesan oleh D-Tect 150 ini adalah,
1. Paip Plastik (berisi air tidak kurang berdiameter 10mm, Paip Kosong tidak kurang 20mm diameter)
2. Pendawaian Elektrik
3. Paip Besi, Besi Bar, Besi Beam,
4. Reinforcing Steel
5. Kayu
6. Lubang Kosong.

Permukaan kerja yang boleh digunakan.
1. Concreate
2. Batu Bata
3.Tiles, Wallpaper, Parquet Flooring, Carpet.
4. Gypsum Board.
5. Permukaan Kayu.

Permukaan yang mendatangkan masalah,
1. Permukaan logam, - mengesan objek di belakang permukaan logam adalah mustahil. cth atas plat besi.



Kotak / Packaging

Beg Perkakasan / Tool Bag

Isi Kandungan, D-Tect 150, User Manual, Quick Reference Card.

1. Dengan menggunakan alat ini, tiada lagi masalah menebuk lubang untuk memasang wallplug untuk kipas terkena besi slap lantai atau terkena pendawaian yang kita tak nampak.

2. Kemungkinan tertebuk besi paip air, paip air plastik ketika menebuk lubang utk pasang railing adalah minimum. saya pernah mengesan laluan paip plastik di atas bingkai pintu rumah seorang pelanggan. Ini contoh kerja kontraktor ikut undang - undang sendiri.

3. Ada sesetengah kontraktor tanam wayar elektrik kedudukan 45 darjah. bukan 90 darjah menegak atau melintang seperti yang sepatutnya. Jadi kesimpulannya, tak boleh main agak - agak dan tebuk.

Nota : Ada yang kata, jika teliti sangat, nanti kerja jadi lambat. Bagi saya pula, biar kerja lambat sikit, asalkan selamat dan tak jadi kerja tambahan (lagi lambat) jika terkena wayar laluan tikus. he he.


No comments:

Post a Comment